Saturday, January 2, 2010

suntikan Vitamin C

Faedah dan kelebihan kaedah suntikan Vitamin C

melambatkan proses penuaan dan
- merawat pelbagai masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat, parut jerawat
danjeragat
-menghilangkan kedutan halus pada wajah
- mencerahkan kulit dan sebagainya.
Lebih istimewa apabila ia membantu merawat seluruh tubuh, tidak seperti
botox yg hanya menumpukan kepada kawasan yang bermasalah terutamanya
bahagian wajah.
Vitamin C sememangnya diperlukan oleh tubuh kerana ia mempunyai
pelbagai fungsi seperti bahan anti oksidan dan sangat baik bagi merangsang
pertumbuhan kolagen. Keadaan ini membantu pertumbuhan sel-sel kulit
baru, sekaligus kulit wajah kelihatan lebih cerah dan tegang. Selain itu Vitamin C
juga memberi manfaat kepada kulit kerana ia mampu menentang radikal bebas
yang boleh merosakkan kulit.

Faedah lain Vitamin C
- Memulihkan masalah katarak pada mata
- Baik untuk sistem kardio vaskular kerana ia mengurangkan risiko
serangan jantung dan angin ahmar (stroke)
- Memulihkan saluran darah yang lazimnya akan terluka apabila diserang
jantung
- Mengembalikan tenaga tubuh khususnya menghilangkan tekanan atau stres
nya ini membantu pertumbuhan sel-sel kulit
naga
Setiap tubuh manusia memerlukan 60-90mg sehari dan ia boleh diperolehi
secara natural iaitu melalui pemakanan, seperti oren, limau, kiwi,
jambu batu, tomato, strawberi, sweet pepper dan kacang peas.
Bagaimanapun tubuh manusia boleh menerima vitamin tersebut lebih dari
jumlah ini kerana Vitamin C bersifat water soluble (larut air). Jadi, selain sumber
semulajadi dan makanan tambahan, suntikan Vitamin C kian menjadi buruan
kini. Mustahil untuk seseorang itu mengalami dos yang berlebihan kerana
Vitamin C akan dicernakan melalui air kencing apabila tubuh tidak memerlukannya.
Oleh itu tidaklah timbul masalah atau side effect akibat overdose vitamin C.

No comments:

Post a Comment