Saturday, January 2, 2010

Kaedah Rawatan

Biasanya dos 1gm Vitamin C diberi setiap kali suntikan dan suntikan
yang disyorkan adalah sebanyak 10 kali. Lazimnya, kesan ke atas kulit dapat
dilihat tiga hingga empat hari selepas suntikan dilakukan. Kulit akan
menjadi lebih tegang, masalah kulit seperti pigmentasi berkurangan,
kulit semakin cerah dan halus, dan sebagainya.
Bagi mengekalkan kesan positif yang telah diperolehi, rawatan susulan
perlu dilakukan. Ini termasuklah menggunakan produk penjagaan kulit seperti
krim Vitamin C, mengambil makanan tambahan yang kaya dengan Vitamin C,
menjaga diet dan mengamalkan gaya hidup sihat. Jika mereka ingin mengulangi
rawatan suntikan Vitamin C, ia boleh diambil selepas enam bulan atau setahun,
namun ia bergantung pada keperluan seseorang. Bagi mereka yang mempunyai
masalah kulit berkedut atau berparut akibat bekas jerawat dan sebagainya, suntikan
Vitamin C bersama kolagen dapat membantu
memulihkan kulit dengan lebih berkesan. Suntikan Whitening (pemutih) juga
boleh diambil bagi meratakan warna kulit muka sekaligus menjadikan wajah
lebih cerah dan berseri.

No comments:

Post a Comment